بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum dan selamat petang,
Harini aku nak share sikit konsep rezeki yang aku tau daripada pembacaan. Konsep rezeki ni ada banyak, dan kebanyakkan nya kita pernah alami. Apa tu konsep rezeki? Meh baca, sebab entri ni sangat sangat bermanfaat untuk semua kan.
- Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan
kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang
ni.
- Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk
kita. Contohnya, kita dah dapat gaji
tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri
pinjamkan duit kepada orang lain. Contoh yang lain, adalah
bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak
rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila
tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir,
menyalahkan segala-galanya. Kan? Sebenarnya, Tujuan Allah
aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita.
Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih
banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.
- Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita
dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat,
punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita
selalu lupa dan selalu tak nampak. Apa contoh bentuk rezeki ketiga
ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak?
Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita. Contoh lain, kemudahan dalam
menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales
meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana.
Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha
pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?
- Konsep Rezeki Keempat
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha,
maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda,
kata pepatah arab ni. Nampak dan faham tak konsep
rezeki ni? Rezeki bukan duit semata. Kita
selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas
sangat. Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan
yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang,
kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau
senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur
ni?
InsyaAllah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni.Lots of love ecahh.
5 comments
salam betul luas makna rezeki tu sebenarnya
Thank you for posting this ^^ rasa lebih b'syukur, alhamdulillah.
Yup .. rezeki tuu datang dalam pelbagai bentuk ^^
wah saya suka entry ni. Senang untuk difahami. Thank you for sharing =)
Good sharing. Terima kasih! :)