Wednesday 27 January 2016

Konsep Rezeki Sebenarnya...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum dan selamat petang,

Harini aku nak share sikit konsep rezeki yang aku tau daripada pembacaan. Konsep rezeki ni ada banyak, dan kebanyakkan nya kita pernah alami. Apa tu konsep rezeki? Meh baca, sebab entri ni sangat sangat bermanfaat untuk semua kan.

  • Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.
  •  Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain. Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain. Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan? Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.
  • Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak. Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita. Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?
  • Konsep Rezeki Keempat 
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni. Nampak dan faham tak konsep rezeki ni? Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat. Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?
InsyaAllah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni.
 Lots of love ecahh.

5 comments

27 January 2016 at 16:32

salam betul luas makna rezeki tu sebenarnya

27 January 2016 at 18:50

Thank you for posting this ^^ rasa lebih b'syukur, alhamdulillah.

27 January 2016 at 20:50

Yup .. rezeki tuu datang dalam pelbagai bentuk ^^

27 January 2016 at 22:58

wah saya suka entry ni. Senang untuk difahami. Thank you for sharing =)

2 February 2016 at 15:54

Good sharing. Terima kasih! :)

Post a Comment