Monday 11 January 2016

Erti Sebuah Persahabatan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum dan selamat petang,

Kawan sejati ambil berat macam seorang ibu, marah macam mana seorang ayah, bergurau macam adik beradik dan menyayangi lebih daripada orang seorang kekasih.

Aku pernah dengar bahawa, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukan mudah, ramai yang bersama berkongsi suka, namun menemani kita ketika duka sangat sangat kurang. Kan??
Bagi aku sahabat sejati ni tiada bandingan, dia ibarat berlian yang yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terselah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setia kawa, kejujuran dan bertanggungjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Ecah sharekan korang satu video dari youtube. Jemput tengok :D 
" Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga...." Nak tau? Jom nengok!! Hohohooh..


Lots of love ecahh, 

4 comments

11 January 2016 at 13:19

Betul....SUSAH sebenarnya nak cari sahabat..

11 January 2016 at 15:17

hmm sahabat zaman sekarang boleh kira guna jari je hehehe betapa sikit nya kan huhu.
thanks wak <3

11 January 2016 at 15:19

Kawan senang dicari tapi sahabat agak sukar. Kalau ada tu, better jaga hubungan betul-betul :)

11 January 2016 at 17:16

ssh nk cari yg btl2 SAHABAT.

Post a Comment