Monday 30 November 2015

Musim kenduri dah mula

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamulaikum dan selamat petang,

Dengan ini dan detik ini, aku dah meletak jawatan segalanya sebagai pelajar tingkatan enam pada pukul 4.16 petang. Rasa terlepas segala beban yang dah dipikul selama setahun setengah. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, semua tu atas diri kita.

Okay itu bukan point yang diceritakan, cuma nak kongsi tentang musim yang dah familiar dengan kita iaitu bila cuti ja kenduri sana sini. Tahniah buat pasangan yang mendirikan rumah tangga, semoga kalian bahagia dunia akhirat dan diberikan zuriat yang soleh dan solehah.

Dah lama kan kita tak merasa nasi kenduri, bak kata teringin tu jangan cakapla. Hahaha. Sebab aku minat nasi kenduri bila dah lama tak makan sebab urmp dia tu lain macam sikit. Lagi lagi masakan kampung. Peh terliur baq hang. Gulai daging bila dimasak dalam kawah memang  dia lain rasa sikit. Perencahnya dimasak dengan rapi sehingga kita boleh rasakan kelainannya serta keenakknya. 

Sabtu lepas aku mengagahkan diri dengan mak ke kenduri lepas kelas tambahan. Ini merupakan kenduri pertama sejak cuti sekolah ni. Sambutan yang mengalakkan sebab masa tu tak ramai lagi yang melangsungkan majlis perkahwinan. Alamak, bila rumah aku nak berkenduri kendara lagi ni..tunggu abang dan kakak jelah kan...

Tapi sekarang ni semuanya hanya menggunakan perkhidmatan catering. Kita hanya telefon, bagitau menu, bincang harga kasih sayang, siap dan mereka akan hantarkan. Bagi aku yang tinggal dekat kampung, aku lebih sukakan kenduri yang bergotong royong di mana dapat merapatkan ukhuwah satu sama lain disamping dapat mengenali sedara mara. Namun, ianya berlaku pada masa dulu dan kini semuanya hanya di hujung jari dan susah untuk kita jumpa dah. 

Inilah peredaran dunia..semakin lama semakin canggih dengan teknologi. Semoga kenduri kendara secara kampung ni dapat dikekalkan...Amin.. 

Lots of love ecahh,

1 comment

30 November 2015 at 18:42

Betul..akak pun lebih suka bergotong royong...meriah..

Post a Comment