Sunday 2 August 2015

Kisah Disebalik Nama.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

chibird:

A little positive bunny post to brighten up your day~ I might make more of them if you guys like it. ^u^

Positive bunny boost! Sorry for being missing in action this weekend, a new drawing tomorrow!
Sebenarnya dari aku kecik kecik sampailah aku besaq panjang ni, aku tak berapa berani untuk beralam sosial. Sekarang ja berani keluarkan identiti sendiri. Serius ni, nostalgia akan dipecahkan ceritanya harini! Hahaha.

Kalau ikutkan, mesti mak aku agak terkilan jugak. Punyalah cantik mak aku bagi nama, sesuka suki ja aku guna nama lain. Yelah, dulu guna blog pon tak berani letak nama sebenar. Andai lah kawan, sanak sedara, cikgu baca malu aku kan masa tu. Tapi.... 

Hari demi hari aku pon tukarkan kepada nama asal, biar lebih dikenali..Sebab masa ni mungkin ada keyakinan diri hahah. Dari tingkatan 3 guna nama lain sampai lah tingkatan 4 aku start pakai nama sebenar..Lawak dan menjadi nostalgia..Tapi... mesti nak tau nama lama aku dulu...jangan gelak jangan ketawa...nah..







|
|
|
|
|
|
|
|
v
CIK DEBAB

Kan. Mesti lawak gila kan bila ingatkan kembali. Blog yang dulu lebih kepada personal. Ni merupakan blog ke dua, blog pertama aku delete, entah sebab apa, dah tak ingat. Btw, aku banyak belajar daripada kak wani. Kak wani ni merupakan kawan baik kepada kak aku sendiri [HERE] Dulu kan banyak aku google tutorial,tapi malang taktau nak letak mana. Aku ingat lagi aku tanya dekat mana "HTML". And then aku pelan pelan banyak tau tentang blog sehinggakan aku sendiri boleh bukak tempahan blog...Tp benda ni semua ni atas minat kita..

Inilah cerita sebalik nama aku..Banyak lagi kenangan tapi tula idea tertiba lari sebab dah mengantuk hahaha. Aku belajar semua benda tentang blog dari tingkatan 3 sehinggakan sekarang dah berumur 19. Banyak benda, dan ianya takkan amik masa yang singkat untuk kita faham satu code tu, so jangan mudah putus asa dengan mendesign sendiri blog anda. Pecayalah bahawa, kita akan berasa puas dengan hasil kita sendiri. Pecayalah!! Ayoh, minatkan diri ke arah mendesignkan...hiuhik
HACKS? Hanya Aisyhah Cintakan............Sahaja. Masih ingat kenangan tingkatan 3. Secret admire centu....Nostalgia wei...nostalgia...sentiasa diingatan...
Lots of love ecahh,



7 comments

2 August 2015 at 13:22

Hihiiii mcm lawak plak yg last2 tue...

2 August 2015 at 14:13

Hehe..debab tu cumill la ecah..betul edit mengedit..coding mengcoding..bukan mudah..tapi berkat usaha insha Allah bolehkan..

2 August 2015 at 15:03

salam ukhuwah..

3 August 2015 at 07:04

Pewwit nostalgia gitu (^_*)

4 August 2015 at 12:28

Salam syawal.... Jiran Cikna pun dulu kitaorg panggil dia debab tp bila beso dia tecik kami plak yg debab,hahaha.....;-)

Anonymous
5 August 2015 at 07:56

huhuhu kenangan mengusik jiwa.. kak Yana dulu orang pun panggil debab sebab besar macam big foot.. kahkah

5 August 2015 at 10:19

comel la nama cik debab tu ;)

Post a Comment