Friday 7 August 2015

7 Ogos 2015.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulilah selesai juga pencarian bloglist ecah untuk bulan ogos ni. Seramai 27 orang yang menyertainya. Terima kasih kerana sudi join. InsyaAllah lepasni ecah nak buat giveaway atau segman di mana ecah harap ianya akan lebih menjadi rancak. Tak sangka seramai 27 orang yang akan menyertai. Terima kasih.

Anda boleh cek dibloglist link blog anda. Sekiranya tidak ada, boleh inform pada saya. Mungkin saya terlupa letak dan sebagainya. Terima Kasih!! Saya juga dah baca comment anda, terima kasih hehe.

Disamping tu, sempena harini, harini merupakan besday mak aku sendiri yang ke 51. Punya punya pikir nak buat apa, beli or buat sendiri kek tu. Kalau buat dapat rasa air tangan anak mak kan tapi sudah tentu terkantoi depan mak. Setelah mendapat persetujuan kakak, aku pon pantas mengoogle cake homemade. Memang banyak juga lah kedai kek di perlis ni.

Setelah google punya google petang kelmarin, terjumpa lah kedai yang berdekatan dengan rumah. Cuma jaraknya dalam dua kilometer lebih ja. Sudah pasti tempatnya sedia maklum bagi aku sendiri. Hihihi. Nak tau mana aku jumpa kedai kek ni, di blog ni [Here]. Lepastu aku pon baru tau ayu ni anak kepada tokei kedai, anaknya seorang blogger juga.. Ehehehe..


Gambar ni di ambil oleh encik google, maaf hujan lebat tak sempat nak snap gambar kedai...hihihi...sekitar kedai ayulina bakery....Pekerja nya yang ramah membuat hatiku tertawan..kiki.


Tangan ni lah membimbing aku, tangan ni la juga menyambut aku dikala aku jatuh tak terkata...
Wishing you a day as sunny as your smile, as warm as your heart, a day as wonderful as you are mak ♥ Terima kasih kepadamu mak, atas semua yang telah mak berikan kepadaku. Terima kasih untuk kemarin, sekarang dan yang akan datang.

From your naughty girl

10 comments

7 August 2015 at 22:18

Selamat hari lahir untuk mak ecah ye..moga sihat sentiasa..amin,,

7 August 2015 at 22:22

may Allah shower your mom with His Blessing, protection, and Guidance.. ameen~ ^_^

8 August 2015 at 11:44

Alhamdulillah..semoga emak adik panjang umurnya, murah rezekinya dan sihat bahagia selalu..Aamiiin!

10 August 2015 at 14:48

happy birthday mak cik...hehehhe

11 August 2015 at 13:04

salam dear..tq sudi tempah dgn mak ayu..alhamdulillah mintak kena dgn selera tau hehe..tq jgk promote kdai mak kita terharu rasa hehe..salam kenal ya! ;-)

16 August 2015 at 12:13

semoga terus maju!!

19 August 2015 at 12:47

sayang mak. teringat uwais alqarni.

20 August 2015 at 07:29

all the best!

23 August 2015 at 09:08

Hai.. cakk.. Jemput Join dan memeriahkan Giveaway Birthday Mum & Sister Tengkubutang yang sedang berlansung sekarang yea.. ada lagi "2 HARI" je untuk submit entri.. Pemilihan Pemenang adalah secara Random.. Hadiah berni;ai Lebih RM500 untuk dimenangi.. jom join.. mana tau ini rezeki Anda?? meh meh join.. =)

http://tengkubutang.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

23 August 2015 at 20:22

Happy birthday. :)

Post a Comment