Saturday 20 June 2015

Manusia dan Silap.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum. Hai semua!!

Kali ini mari kita berbicara tentang topik tentang realiti dalam kehidupan manusia. Hakikatnya,tiada seorang daripada kita tak pernah buat silap kan? Betul atau tidak? Yang membezakan hanyalah besar atau kecil kesilapan yang kita telah lakukan dan adakah kita menjadikan kesilapan tersebut sebagai pengajaran kepada kita ataupun terus mengulangi kesilapan demi kesilapan? Tepuk pipi gebu,tanya iman.
Kerana tidak ada manusia yang tidak pernah buat silap.
Kita bukan manusia yang suci dari sebarang dosa dan terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Kita manusia biasa yang akan sentiasa melakukan kesilapan samaada secara disedari ataupun tidak. Jika ada insan lain yang terkasar dan melakukan kesilapan,tegurlah dengan cara berhemah. Tidak salah untuk menegur sebagai tanda kita memprotes. Tapi biarlah dengan cara yang baik dan meninggalkan kesan yang mendalam supaya kesilapan yang sama tidak diulangi lagi.

Life

Aku juga pernah buat silap dan mungkin aku sedar akan kesilapan itu  dan aku cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa. Aku belajar dari kesilapan supaya aku tidak akan mengulanginya lagi. Cubalah merenung diri dan bermuhasabah. Bersyukur kerana Allah masih memberikan kita peluang dalam kehidupan. 

Jika kita tersasar dan melakukan kesilapan,muhasabahkan diri dan beristighfar. Jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Tegurlah dengan cara yang baik supaya teguran itu meresap ke dalam jiwa dan fikiran. Jangan mudah menghukum kerana kita tidak ada hak menentukan dosa pahala seseorang insan. Cukup hanya memberikan teguran.
Jadikan kesilapan yang pernah dilakukan sebagai pengalaman pahit dalam hidup dan ambillah iktibar daripadanya :))
Lots of love ecahh,

8 comments

21 June 2015 at 12:09

kesilapan membawa kepada kejayaan ;) . Belajar dari silap yg lama utk bangkit hari ini :)

Anonymous
21 June 2015 at 20:24

RTF

21 June 2015 at 20:25

Asallammualakum..singgah sekejap.

21 June 2015 at 20:27

Comel header baru..kak PC lebih lebih lagi banyak laghanya ecah..tapi,,melalui kesilapan itu kita berusaha perbaiki diri dan hati..

27 June 2015 at 17:59

jika tidak pernah silap, kelak kita akan merasa bongkak.

29 June 2015 at 20:11

Jangan pernah letih jika selalu ada kesilapan, it makes you even stronger :D

1 July 2015 at 11:02

ur teacher is ur last mistakes.... indeed! keep fighting!!

Post a Comment