Tuesday 26 March 2013

Gejala Sosial.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Pada alaf modenisasi ini,gejala sosial sentiasa menghiasi di dada-dada akhbar,di kaca kaca televisyen dan dicerong-cerong radio. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah masalah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan bakal mencorok kegemilangan kelak.Pelbagai strategi telah di jalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung masalah ini.Walaubagaimanapun,masalah ini gagal diatasi.Dalam hal ini,bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan utama ibu bapa dalam aspek menangani masalah sosial.Persoalannya,apakah peranan keluarga bagi menangani masalah ini dalam kalangan remaja?

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak anak mereka sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah daripada rebungnya.Dididkan agama yang secukupnya dapat melahirkan anak anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang kuat.Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan syaitan.Sehubungan dengan itu,dapat membantu anak anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.Sesungguhnya,anak anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana didikan agama penting dalam mengawal pelakuan remaja supaya mereka tidak terjebak dengan budaya negatif.

Selain itu,ibu bapa merupakan insan yang paling tua perlulah menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak anak.Kebiasaannya,anak anak akan terdorong untuk mencontohi pelakuan ibu bapa mereka.Ibu bapa perlulah terlebih dahulu membudayakan sifat sifat positif seperti menghormati orang tua,bersifat penyayang dan berdisplin.Oleh itu,ibu bapa perlu menjauhi kegitan yang negatif seperti merokok,minum arak dan lain lain lagi kerana bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa.Jadi ibu bapa seharusnya menyiapkan anak anak dengan sifat terpuji sejak kecil lagi sebelum mendedahkan mereka kepada masyaraat yang kini semakin buas.

Di samping itu,ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mengawasi pergerakan anak anak.Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.Hal ini terjadi demikian kerana rakan merupakan golongan kedua terhampir dengan remaja selepas ibu bapa dan banyak pengaruh luar yang akan menghasut jiwa remaja yang pantang dicabar.Pepatah arab ada menyatakan,sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak,nescaya kita turut berbau harumnya dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi,kita juga akan terkena percikan apinya.Lantaran itu,pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa.Ternyata keluarga yang prihatiin sangat penting dalam memastikan remaja tidak terlibat dengan masalah sosial.

Seterusnya,ibu bapa juga perlulah menjaga kerukunan rumah tangga dan sentiasa berkongsi masalah.Ibu bapa haru menyakan masalah anak anak dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.Ibu bapa sejarusnya berusaha untuk mewujudkan suasana "rumahku syurgaku" supaya anak anak berasa seronok dan tidak tertekan berada di samping keluarga.Oleh itu,untuk menggelakkan perkara seperti ini terjadi,ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara keeharmonian rumah tangga.

Kesimpulannya,ibu bapa memaikan peranan penting dalam menangani masalah remaja pada masa ini.Ibu bapa haruslah menyedari bahawa anak anak ibarat pohon kecil yang sentiasa dibaja dengan kasih sayang dan digemburkan dengan semangat dan berharap agar mereka dapat tumbuh menjadi remaja yang mampu mentadbir negara akan datang.

Tak sempat hantar karangan ni sempena bulan bahasa untuk pertandingan menulis karangan :'( Apakah pendapat anda?:D
Lots of love Ecahh,

3 comments

26 March 2013 at 19:32

pendapat saya mcam okey2 je karangan NNA ni :D maklumlah qila malas nak bace karangan sampai habis haha :D kalau novel bole lah! haha btw mmg okey !

Anonymous
26 March 2013 at 19:53

di kaca-kaca televisyen tak de tanda sempang. di corong radio. bukan di cerong :)

26 March 2013 at 22:45

semua pihak harus bekerjasama..untuk pelihara keejahteraan anak bangsa,,serta agama..bagaimana masa depan lihat anak mudanya kini..

Post a Comment