Saturday 23 February 2013

Soal cinta? Atas dasar cinta atau ibu bapa?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

20 Feb 2013 bersamaan hari rabu Cikgu Rusheila telah mengadakan bahas antara pelajar pelajar 5Amanah. Aktiviti bahas diadakan pada masa pembelajaran pendidikan sivik. Kami di bahagikan mengikut number. Kumpulan 1 sebanyak 6 orang dan kumpulan dua sebanyak 4 orang. Dah sesorang jejaka dijadikan sebagai hakim. Pelajar lain amik pendidikan seni visual. Bila di tambah dan di tolak pelajar yang mengambil pendidikan sivik hanya 11 orang yakni 10 perempuan dan 1 lelaki.

Kumpulan 1 yang terdiri daripada Nazirah(Peah),Ummu,Aten,Pijah,Yana, Pi'aa. Mereka semua memang handal dalam bab membahas. Kumpulan 2 pulak terdiri daripada aku sendiri,Dania,Aiza dan syamimi. Kumpulan ni dah lah sikit. Tapi takpa semangat yang berkobar kobar untuk membahas. Kami mula membahas. Entah apa yang di bahas. Memang bukan formal. Sehinggakan cikgu tergelak melihat gelagat kami yang mahu menjadi pemenang. Alahaiii...

Kumpulan satu tentang " Atas dasar cinta" dan kumpulan dua tentang " Dasar dari ibu bapa ". 

Bagi aku lebih baik kita memeliki dua dasar tersebut. Tak salah mana mana dasar pun. Janji betul dan tak lari dari apa yang kita nak. 

Ramai kan yang membina rumah tangga bukan berdasarkan cinta antara satu sama lain? Mungkin di bina atas dasar pilihan orang tua atau sesuatu keadaan yang memaksa kita untuk berkahwin dengan bukan pilihan kita sendiri yakni bukan pilihan hati. Ingatlah, sesebuah perkahwinan sangat memerlukan resti kedua ibu bapa  untuk mendapat kebahagian yang abadi. Bila kita buntu dalam menyelesaikan masalah bila kita tak pasti apa keputusan nya kita dituntut untuk melakukan solat sunat Istikharah. Semoga zauj/ zaujah kita dikalangan yang baik dan semoga kita mendapat petunjuk jodoh yang benar. Untuk mengukuh lagi bahas,  Aku ada menyebut bloggger Aisyah Humaira' sebagai role model. Mereka nikah pun tak kenal dan semua tu perancangan keluarga. Mereka redha dan mereka tahu perancangan keluarga memang terbaik bagi mereka. 

Kata kata Aisyah Humaira' yang dah tertanam di dalam hati :-

Dia akan setuju kalau si bakal suami tu meminta untuk bernikah. Kalau si bakal suami meminta untuk bertunang dahulu dia akan menolak. Dengan cara ni kita dapat menghindarkan diri kita bermacam macam fitnah yang kita sendiri tak dapat jangkakan? Betul dak?:')

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)
Sebenarnya,banyak lagi isi tentang cinta ni. Tapi cukup sekadar ini. Mohon maaf jika tersilap bicara:')

Lots of love Ecahh, 

5 comments

23 February 2013 at 08:15

Jodoh kita Allah dah tetapkan. Tapi kalau boleh biarlah cinta kita tu diredhai Allah dan ibu bapa. Barulah bahagia kan.. (ceh ahaha)

23 February 2013 at 09:49

nice entry , suka baca :D maksud yg mendalam :)

23 February 2013 at 10:53

terima kasih sayang. dengan akak-akak sekali masuk dalam bahas ye. hehe.

kahwin la ikut pilihan mana pun, kunci nya adalah sabar. tanpa sabar, punahlah semuanya :)

23 February 2013 at 14:32

bestnya bhas korang. suka XD

kita sebayalah XD

Anonymous
24 February 2013 at 12:47

..untuk mendapatkan yang terbaik, maka diri juga harus berubah menjadi yang terbaik.. ^__^

Post a Comment