Tuesday 12 February 2013

Menjaga Kesihatan Mengikut Cara Nabi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Wah. Malam ni belajar biologi best. Tuition malam ni best. Cikgu yang sporting dah lah comel!! Faktor tu buat kami semua bersemangat untuk belajar! Bak kata kawan aku sejuk mata memandangg!! Tak sabar nak jumpa khamis malam lagi!! Walaupun sebulan hanya jumpa dua kali aku tetap bersyukur. Selama 2 jam dia ajar memang masuk dalam otak dan tak keluar dah. InsyaAllah:'D Terima kasih Allah.

 

Balik tuition terus mengeledah alam maya. Geledah muka buku. Baca apa yang patut. Tertiba mata terpandang satu page untuk menjaga kesihatan mengikut cara nabi. Wah hati ni bersemangat terus menelaah sampai habis. So aku nak share sikit. Dapat jugak ilmu kan setidak tidaknya?:D Jangan gunakan kelebihan yang ada pada diri awak sebagai kekurangan ilmu pengetahuan. Maklumat di hujung jari!Geledah lah master google untuk mencari sebanyak manapun maklumat.

Antaranya :-

  • Selalu Bangun sebelum subuh - bagi yang bekerja mungkin pada hari bekerja tiada masalah untuk bangun pagi sebelum subuh, bagaimana pula jika hari cuti? Pasti ada yang liat untuk bangun sebelum subuh bukan?
  • Aktif Menjaga Kebersihan -  Menjaga kebersihan tubuh badan dan persekitaran di tempat tinggal kita, malah kebersihan dimana sahaja tempat yang kita pergi juga perlu di titik beratkan tidak kira la tempat awam, jalan raya, taman rekreasi , kawasan pelancongan atau dimana-mana sahaja.
  • Tidak pernah makan berlebihan - amalkan makan sebelum/ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang . Makan mengikut keperluan badan kita bukan mengikut nafsu semata. Kerana dari  perut datangnya pelbagai jenis penyakit.
  • Tidak Pemarah - Pernah tak kita marah hanya disebabkan perkara yang kecil. Mungkin sewaktu fikiran tengah serabut dan pada masa yang sama anak kecil melakukan perkara yang mampu membangkitkan kemarahan kita. Sejauh mana kita dapat mengawal kemarahan tersebut?
  • Optimis dan tidak mudah putus asa - Hidup siapa yang tidak pernah diuji? ada orang yang hidupnya sentiasa diuji dan ada pula yang diuji sekali sekala, jika orang yang sentiasa diuji dengan kesusahan dan musibah yang dasyat mampu bertahan , kenapa kita yang baru sekelumit diberi ujian terus berputus asa?
  • Tidak Pernah Iri hati - Zaman sekarang ramai yang suka pegang title PHD . Perasaan Hasad Dengki yang bermaharajalela dalam diri boleh membinasa kan diri kita sendiri. Sentiasa muhasabah diri dan bersyukur atas setiap apa yang ada pada kita dan setiap rezeki yang kita perolehi. 
  • Pemaaf - Berapa ramai antara kita yang mampu memaafkan kesalahan orang lain? Jika kita ingin diri kita dimaafi belajarla memaafkan orang lain terlebih dahulu. InsyaAllah dengan menjadi seorang yang pemaaf hidup kita akan bertambah tenang
Jika diberi 2 pilihan antara harta yang menggunung dengan kesihatan yang sempurna mana satu pilihan korang? 

Mudah kan? Apa lagi. Jom kita Amalkan sesama ^_^

5 comments

12 February 2013 at 01:40

nice sharing ! terima kasih :)

12 February 2013 at 13:01

tak guna kalau ada harta yang menimbun, tp xada kesihatan yg sempurna kn? so rasanya dua2 penting ;)

12 February 2013 at 14:42

Sharing is caring :) Nice entry .. Bagus utk semua orang ^_^

12 February 2013 at 18:46

jaga kesihatan berlandaskan sunnah..moga kita sentiasa diberkati :) ameen

15 February 2013 at 17:38

tq info yang baik..

Post a Comment