Saturday 16 February 2013

Cinta kerana Allah.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Jodohku,ibadatku,matiku,hidupku adalah untuk Allah SWT semata mata. Wanita menangis bukan bererti mereka lemah tapi mereka sangat kuat kerana mampu menahan sakit dan cabaran hidup meskipun tanpa seorang lelaki di disi. Ya Allah,jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuan ku,berikanlah padaku keyakinan bahawa takdirmu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan. 

Bila tanya sama hati apa sebab rindu, nanti jawap hati sebab dah sayang. Kalau dah ada simtop macam ni mungkin anda dah kena influeza cinta. Tapi perlukah cinta manusia kalau cinta kepada Allah pun tak kukuh lagi? Bak kata orang tepuk dahi bukalah minda tepuk dada tanya iman. Semua tu ada pada kita. Kalau awak tunding satu jari kepada orang ingatlah 4 jari lagi tunding pada awak. #TakeANote

Kalau kita tak maju orang kata ketinggalan zaman. Bila kita dah moden orang kata bajet moden. Bak kata orang tua tua nanti mesti kacang lupakan kulit. Tak semua orang yang macam tu. Kalau kita diberi kekayaan dengan mengejut mesti kita lupa kepada Allah yang memberikan nikmat tersebut. Mula lupa diri. Lupa batas batas pergaulan. Lupa semua lah senang cakap. Semoga kita semua dijauhi sikap macam tu. Allahu.

Perasaan sayang,rindu dan kasih semua tu akan wujud bila kita mula mencitai seseorang. Tapi ada cara yang menyampaikan perasaan tu salah. Ada yang menyatakan bahawa perasaan rindu tu boleh dilepaskan dengan cara berjumpa,berdating,tengok movie movie di pawagam dan sebagainya. 

 
Bercinta dalam diam lebih baik atau bercinta lepas khawin. Contohnya, Nabi Yusoff saat merindui Zulaika dan perasaan itu dilepaskan melalui doa yakni meluahkan rasa cinta dalam bentuk doa yang tersembunyi:)

Cer korang tengok Kak Niera. Kak Niera ni macam idol Aisyhah dah. Dia khawin pun tak kenal erti cinta antara satu sama lain. Malah tak pernah kenal pun. Semua ni perancangan Allah. Kak Niera ni disatu kan oleh kedua dua ibu bapa pihak perempuan dan lelaki. Mereka bercinta selepas nikah. Dan ternyata mereka bahagia. Kalau takda cinta takda masalah untuk bahagia. Janji kita mahu memupuk rasa cinta sayang selepas nikah. Lagi sweet kan? Ternyata betul bahawa " Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik" dan sebaliknya^^Nak Lawat tak? Rugi tak lawat. Godek godek sendiri entry kak niera ok? [SINI]  

Kak IRIN NADIA pun sweet. Dia khawin seusia muda. Kini dia tengah mengandung. Kandungan nya dah 7 bulan. Tak sure sebenarnya. Semoga kak irin dapat baby yang cute cute macam akak dan handsome macam husband. Nak lawat? [SINI]. Tapi memang sweet bila kita baca dorang punya story. Kan? Lawat lah mereka:') 

Biar jauh di mata tapi dekat dihati. Jangan yang dekat di mata tapi jauh di hati. Peliharalah hubangan di bina dengan sebaik baiknya. Serahkan pada Allah untuk menjaga hubungan kita lebih terkawal. Diam diam dan senyap senyap sajalah. Jadikan cinta itu medan yang terkawal  dan jadikan cinta itu rahsia kita dengan Allah SWT:)

Kita hanya merancang tapi perancangan Allah la yang paling baik.Kita tak tahu apa yang bakal pada hari esok,lusa,tulat,tungging dan soon. Jadi lebih baik kita berserah pada Allah. Tawakal,berdoa dan berusaha untuk jadi lebih baik dari hari semalam.
Memang perit kalau kita berdiam, sebab hati yang menangung. Tapi ingatlah Allah sudah sediakan ganjaran yang tidak ternilai oleh Kita. ^^~

Lots of love Ecahh, 

9 comments

11 February 2013 at 18:35

nak nangiss. hikhok. :')
terima kasih sebab buat entry ni.

#rindu suami di mesir. huwaaaa :')

11 February 2013 at 18:53

heheeeeee. kak Dena Bahrin pun sweeeeeeet. Dah bersalin pun :) dia kahwin usia muda juga..

11 February 2013 at 19:07

nice entry :)

11 February 2013 at 22:05

hehee. suka entry kamu nie ;) lelaki yang baik tuk perempuan yg baik ;) btw, hana da follow blog awk,. trimas follow blog hana ;)

11 February 2013 at 23:34

Kadang-kadang apabila kita tidak dapat yang baik, itu tandanya Allah bagi petunjuk untuk kita betolkan dirinya .. :)

11 February 2013 at 23:52

suka baca entry ni.. bila baca kisah irene dan dena bahrin, rasa dorang sweet sgt. teringin mcm mereka. tp skrg ni pun, yana tgh bljr utk jd lebih baik tanpa lelaki yang yana syg di sisi..insyaAllah, pengorbanan yana ni nnt psti ada balasan yg baik dr Allah kan? ;)

11 February 2013 at 23:55

@Secrets of A Teenage Girl Mestilah. Allah Maha Adil. Hehe:') Semoga istiqomah:P

15 February 2013 at 16:36

nice entry :)

15 February 2013 at 18:34

nice entry..:D suka baca..
mohon shared..

Post a Comment