Sunday 20 January 2013

Melakar Cinta Allah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Uhibbuki fillah.Perkataan yang selalu kita guna untuk mengucupkan Mencintai mu Kerana Allah. Tak semua orang faham apa erti sebenarnya.Cuma mengukapkan tetapi tidak samai jauh ke lubik hati,kerana semua itu perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya.Kadang kadang boleh cemburu dalam berukhwah. Tak pecaya? Tepuk dahi tanyalah Iman:')

Manusia sebegini masih keliru dengan diri sendiri.Cemburu yang menguasai diri bahkan ada yang masih mentafsir erti Uhibbuki Fillah itu sendiri.Keliru benar.Realitinya fitrah berkasih yang terlampau.Mungkin.Rasa menyayangi yang terlampau sehingga ada istilah dia milik aku. Awak,kita kena ingat Jodohku,Hidupku,Matiku,Ibadatku hanya untuk Allah SWT. Jodoh kita rahsia Allah:)

Orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati kita dan nurani dengan jalan Allah kerana Ukuwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbu rasa cemburu, musahabah kembali kerana sesunggunya itu adala bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukuwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

  • Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

4 comments

Khalied
20 January 2013 at 03:01

nice entry.....

20 January 2013 at 10:19

Assalammualaikum..segala apa yang kita miliki sekadar sementara dan pinjaman semata..seperti mana juga kita ini cuma seorang musafir di bumi Allah mencari bekalan untuk hidup yang kekal abadi di sana(akhirat)..

21 January 2013 at 13:12

errkkk... terasa... terima kasih kerana mengingatkan..

24 January 2013 at 00:39

Nice Entry.

Post a Comment